Sabtu, Januari 14

Penanaman Underground Cable

PENDAHULUAN
Dapatkan plan kawasan dimana kerja-kerja hendak dijalankan. Perolehi data-data pada kawasan yang terlibat daripada pihak berwajib seperti JBA dan KerajaanTempatan. Melawat tapak. Dapatkan kelulusan bertulis daripada pihak berwajib. Memeriksa rekod kabel. Memeriksa kelengkapan dan peralatan. Merancang kerja-kerja yang hendak dijalankan. Mewatakan kerja-kerja tersebut akan dilakukan kepada pihak terbabit seperti Sub – Kontraktor dan Agensi – ajensi yang terlibat. Lubang cubaan. Ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai jawatan sekurangnya Forman.
LANGKAH KESELAMATAN
Putuskan bekalan, kunci, gantung notis Pastikan bekalan tidak akan datang secara tidak sengaja tanpa tidak disedari mana – mana arah. Lakukan ujian kepastian ( pemakuan kabel ) jika perlu, bagi mamastikan kabel yang hendak dipotong sudah tiada bekalan elektrik. Discharge kabel setelah dimatikan.
Peralatan yang digunakan :
cangkul
sekop
BAHAN - BAHAN YANG DIGUNAKAN
cable slab
Kabel
Penanda Kabel Voltan Rendah( Bergantung pada nilai voltan yang digunakan )
Pasir sungai
KERJA-KERJA MERENTANG CABEL UNDERGROUND
Langkah Pertama : Kerja – kerja mengali tanah dilakukan dengan kedalaman 6 kaki dan selebar 3 kaki.
Selesai proses penggalian , peparit kabel hendaklah bersih daripada bahan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada kable seperti batu – batu , plastik dan sebagainya.
Langkah kedua
Masukan pasir ke dalam peparit kabel sebanyak 0.5 kaki. Seterusnya, ratakan pasir tersebut.
LANGKAH KETIGA
Masukan kabel ke dalam peparit kabel. Kable hendaklah lurus bagi memastikan kabel tidak mengenai dinding peparit.
Langkah keempat
Setelah proses penarikan kabel dilakukan, kabel tersebut hendaklah ditimbus dengan pasir sebanyak 0.5 kaki, dan pasir tersebut hendaklah diratakan.
LANGKAH KELIMA
Selesai langkah keempat, kabel slab hendaklah disusun diatas pasir dengan mengikut laluan kabel.Selepas itu, pasir dimasukkan ke dalam peparit kabel sekurang – kurangnya 1 kaki.
Langkah Keenam
Selesai langkah kelima, penanda kabel dimasukkan ke dalam peparit kabel iaitu pada pangkal kabel dan hujung kabel ( jika laluan kabel lurus ). Penanda kabel hendaklah timbul di atas permukaan tanah bagi memudahkan pengecaman laluan kabel dilakukan. Seterusnya, pasir dimasukan ke dalam peparit sehingga sama dengan permukaan tanah. Pasir tersebut mestilah rata dengan permukaan tanah bagi mengelak kemalangan berlaku.
Photo Cable underground yang telah siap ditanam
Keadaan yang sebenarnya, peparit kabel hendaklah di kambus sehingga sama rata dengan permukaan tanah. Ini bertujuan untuk mengelakkan terjadinye kemalangan yang boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada agensi yang membuatnya
Gambar rajah diatas ini hanyalah projek yang dilakukan oleh DME 4-4. Projek da siap so kenelah gali semua kabel. sebab itulah kiteorng kambus hanya separuh.

Isnin, Januari 9

Illuminati

Terdapat illuminaty dalam Malaysia ? betul ke ? Itu lah yang dibincangkan saya dengan kekawan saya semasa chat di facebook. Sama ada betul atau tidak kite serahkan saja pada yang maha mengetahui di atas sana ok. Kita mulakan dengan Ringgit Malaysia yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia sendiri.
foto di atas ini bukan sekadar hiasan ok, kite fokuskan pada kawasan yang bertada merah itu 'simbol milik Bank Negara Malaysia'
Sepertinya kite difahamkan, ianya adalah gambar seekor kijang tetapi adakah kijang berekor panjang ??
Disinilah yang menimbulkan beribu soal tanya. Gambar foto bagi logo Bank Negara Malaysia lebih sesuai dengan gambar seekor anjing !!
Dengan adanya simbol matahari dan bulan di dalam logo tersbut, ia mnguatkan lagi dakwaan yang dibuat adalah tepat. Ini kerana masyarakat pada zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan(menyembah alam). Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari bermata satu. Catatan ini disahkan dengan penemuan ukiran pada makam Firaun dan Pyramid. Manakala anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/Pharaoh Hound yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason.
( E-66anubis )
Saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara? Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya. discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock. Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka. Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank negara malaysia.
ADAKAH SATU KEBETULAN ATAUPUN TELAH DIRANGCANG ???
-Jikalau ada silap sya ingin memohan maaf kepada Phak yang terbabit terutama bank negara malaysia. Sya hanya berkongsi apa yang saya tahu. Jika ianya tidak benar anggap la ini hanyalah satu fitnah yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab. Mohon diperbetulkan salah silap ...