Rabu, Februari 22

PENGHIDUP MOTOR 3 FASA


Penghidup motor adalah bertujuan untuk :  
  • Mengurangkan dan menghadkan arus mula kepada satu nilai yang kecil dan selamat.
  • Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan
  • Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh.
  • Perlindungan motor tersebut adalah lebih berkesan sdengan mengadakan alat alat perlindungan dan alat kawalan didalam sistem penghidup motor.

Kebaikan mengurangkan arus mula
  • kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung.
  • Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran dalam motor.
  •  Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.
  • Mengurangkan susutan voltan talian.
  • Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan.

Keburukan mengurangkan arus mula.
  • Mengurangkan daya kilas.
  • Kos meningkat dalam menyediakanj alat alat bagi sistem penghidup. 
  • Keperluan penyelanggaraan meningkat.
  • Alat alat terlalu rumit.

Penghidup Star/Delt

  • Satu cara laian untuk menghadkan arus mula ialah dengan cara mengurangkan voltan pada gelung. Ini boleh dilakukan dengan cara menyambung gelung gelung motor pada mulanya dalam sambungan bintang, kemudian ia akan bertukar dalam sambungan delta apabila pusingan motor tersebut mencapai satu tahap kelajuan yang tetap.
  • Cara ini menyebabkan daya kilas mula akan menjadi berkurangan dan ianya hanyalah sesuai bagi motor yang mempunyai kadar beban rendah apabila dimulakan. Beban utama digunakan selepas motor tersebut mencapai kelajuan yang sebenarnya dan ianya disambung dalam delta.
  • Penghidup ini digunakan bagi motor yang mempunyai keupayaan 3 hingga 10 hp

  • Kedua dua hujung gelung fasa motor dibawa keluar kepunca stator. Semasa dalam peringkat permulaan iaitu semasa dalam sambungan bintang voltan pada tiap tiap fasa ialah 1 / 3 atau 58 % voltan talian. Ini mengakibatkan daya kilas akan berkurangan hingga satu pertiga daripada nilai pusingan normal.

Kebaikan penghidup Star/Delta
  •  Penyelenggaraan kurang jika dibandingkan dengan penghidup alatubah auto.
  • Bagi keupayaan motor yang sama kos pemasangan adalah lebih murah dari penghidup alatubah auto.

Keburukan penghidup Star/Delta
  •  Keupayaan motor yang digunakan terhad kepada 3 hingga 10 kk.

  • Menggunakan punca punca motor yang lebih iaitu 6 hingga 7 punca.

Tiada ulasan: