Rabu, Mac 7

MOTOR KUTUB BERBAYANG

VOLTAN : 115v, 230 v
DAYA KILAS : Sangat Rendah ( 50% - 100%  dari beban penuh)
SAIZ : 1/3  ke ½ HP
KELAJUAN :Tetap 900,1200,1800,3600 rpm
KEGUNAAN : Tugas ringan ( kipas kecil, pengering rambut)

MOTOR ARUHAN KUTUB BERBAYANG

  • Menggunakan kaedah unik untuk memulakan pusingan rotor. Binaan rotor yang unik  menghasilkan kesan medan magnet berputar.
  • Hanya mempunyai belitan utama.
  • Kutub tonjol yang dililit oleh gegelung terlitar pintas yang dipanggil gegelung bayangan menggantikan belitan tambahan bagi motor ini.
  • Pergerakan medan pergi balik antara bahagian berbayang dan tanpa berbayang menghasilkan daya kilas yang lemah untuk memulakan motor.
  • Disebabkan daya kilas permulaan yang lemah, motor ini dibina hanya dalam saiz yang kecil.
  • Contoh kegunaan ialah kipas jam, penyedut dan pisau cukur elektrik.

Tiada ulasan: