DAYA KILAS : Sangat Rendah ( 50% - 100% dari beban penuh)
SAIZ : 1/3 ke ½
HP
KELAJUAN :Tetap 900,1200,1800,3600
rpm
KEGUNAAN : Tugas ringan ( kipas kecil, pengering rambut)
MOTOR ARUHAN KUTUB BERBAYANG
- Menggunakan kaedah unik untuk memulakan pusingan rotor. Binaan rotor yang unik menghasilkan kesan medan magnet berputar.
- Hanya mempunyai belitan utama.
- Kutub tonjol yang dililit oleh gegelung terlitar pintas yang dipanggil gegelung bayangan menggantikan belitan tambahan bagi motor ini.
- Pergerakan medan pergi balik antara bahagian berbayang dan tanpa berbayang menghasilkan daya kilas yang lemah untuk memulakan motor.
- Disebabkan daya kilas permulaan yang lemah, motor ini dibina hanya dalam saiz yang kecil.
- Contoh kegunaan ialah kipas jam, penyedut dan pisau cukur elektrik.