Sabtu, Januari 14

Penanaman Underground Cable

PENDAHULUAN
Dapatkan plan kawasan dimana kerja-kerja hendak dijalankan. Perolehi data-data pada kawasan yang terlibat daripada pihak berwajib seperti JBA dan KerajaanTempatan. Melawat tapak. Dapatkan kelulusan bertulis daripada pihak berwajib. Memeriksa rekod kabel. Memeriksa kelengkapan dan peralatan. Merancang kerja-kerja yang hendak dijalankan. Mewatakan kerja-kerja tersebut akan dilakukan kepada pihak terbabit seperti Sub – Kontraktor dan Agensi – ajensi yang terlibat. Lubang cubaan. Ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai jawatan sekurangnya Forman.
LANGKAH KESELAMATAN
Putuskan bekalan, kunci, gantung notis Pastikan bekalan tidak akan datang secara tidak sengaja tanpa tidak disedari mana – mana arah. Lakukan ujian kepastian ( pemakuan kabel ) jika perlu, bagi mamastikan kabel yang hendak dipotong sudah tiada bekalan elektrik. Discharge kabel setelah dimatikan.
Peralatan yang digunakan :
cangkul
sekop
BAHAN - BAHAN YANG DIGUNAKAN
cable slab
Kabel
Penanda Kabel Voltan Rendah( Bergantung pada nilai voltan yang digunakan )
Pasir sungai
KERJA-KERJA MERENTANG CABEL UNDERGROUND
Langkah Pertama : Kerja – kerja mengali tanah dilakukan dengan kedalaman 6 kaki dan selebar 3 kaki.
Selesai proses penggalian , peparit kabel hendaklah bersih daripada bahan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada kable seperti batu – batu , plastik dan sebagainya.
Langkah kedua
Masukan pasir ke dalam peparit kabel sebanyak 0.5 kaki. Seterusnya, ratakan pasir tersebut.
LANGKAH KETIGA
Masukan kabel ke dalam peparit kabel. Kable hendaklah lurus bagi memastikan kabel tidak mengenai dinding peparit.
Langkah keempat
Setelah proses penarikan kabel dilakukan, kabel tersebut hendaklah ditimbus dengan pasir sebanyak 0.5 kaki, dan pasir tersebut hendaklah diratakan.
LANGKAH KELIMA
Selesai langkah keempat, kabel slab hendaklah disusun diatas pasir dengan mengikut laluan kabel.Selepas itu, pasir dimasukkan ke dalam peparit kabel sekurang – kurangnya 1 kaki.
Langkah Keenam
Selesai langkah kelima, penanda kabel dimasukkan ke dalam peparit kabel iaitu pada pangkal kabel dan hujung kabel ( jika laluan kabel lurus ). Penanda kabel hendaklah timbul di atas permukaan tanah bagi memudahkan pengecaman laluan kabel dilakukan. Seterusnya, pasir dimasukan ke dalam peparit sehingga sama dengan permukaan tanah. Pasir tersebut mestilah rata dengan permukaan tanah bagi mengelak kemalangan berlaku.
Photo Cable underground yang telah siap ditanam
Keadaan yang sebenarnya, peparit kabel hendaklah di kambus sehingga sama rata dengan permukaan tanah. Ini bertujuan untuk mengelakkan terjadinye kemalangan yang boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada agensi yang membuatnya
Gambar rajah diatas ini hanyalah projek yang dilakukan oleh DME 4-4. Projek da siap so kenelah gali semua kabel. sebab itulah kiteorng kambus hanya separuh.

Tiada ulasan: