Rabu, Februari 22

Kemagnetan

Magnet tiruan juga boleh diperbuat melalui kuasa elektrik. Bahan lain selain dari besi boleh digunakan untuk membentuk magnet yang kuat. Antaranya :  
  • Aloi keluli yang mengandungi nikel dan kobalt adalah magnet yang mempunyai kekuatan luar biasa diperlukan.
MAGNET KEKAL
Magnet yang diperbuat daripada aloi keluli  mengekalkan kemagnetannya untuk satu jangka waktu yang panjang.

MAGNET SEMENTARA
Magnet yang diperbuat daripada besi jati. Mudah kehilangan kekuatan magnetnya.

Magnet mempunyai 2 kutub iaitu :
  • Kutub Utara ( Hujung magnet yang mengarah ke utara jika ianya boleh dihayun secara bebas )
  • Kutub Selatan 


 Medan Magnet
Urat daya yang tidak boleh nampak meninggal kan magnet dari satu hujung dan memasuki hujung yang lain.  
  • Unit pengukuran bagi urat daya ialah weber ( Wb )
  • Apabila urat daya sesuatu medan magnet bertukar dengan kadar satu Wb sesaat, maka satu daya gerak-elektrik bagi satu volt telah wujud.
  • Bilangan satu urat daya seunit luas, dinamakan ketumpatan urat daya
  • Unit pengukuran bagi ketumpatan urat daya ialah Tesla ( T ).
      
  • Satu T bersamaan dengan satu Wb satu meter persegi.
Di luar magnet, uratdaya magnet bergerak keluar dari kutub Utara dan memasuki kutub Selatan.
Di dalam magnet, uratdaya sentiasa bergerak dari kutub Selatan ke kutub Utara. Dengan cara ini garisan ( uratdaya ) sentiasa berada dalam bentuk berterusan dan tidak putus. Lorong lengkap yang mereka ambil dinamakan LITAR MAGNET. 

Kutub magnet berkelakuan sama seperti bahan-bahan yang membawa cas elektrik statik. Cas yang berlainan menarik, dan cas yang sama menolak.

Tidak ada penebat yang wujud untuk medan magnet. Garisan uratdayanya telah diketahui, akan menembusi mana-mana bahan, walau tebal mana ssekali pun.

Uratdaya tidak pernah bersilang kerana disebabkan oleh tolakan di antara meraka, mereka terletak dalam garisan selari di dalam medan magnet.

Engganan
  • Sesuatu ukuran yang mudah bila mana sutu bahan mengumpul kan ke suatu tempat garisan daya @ urat daya.
  • Bahan dengan engganan yang rendah membenarkan dengan kuatnya  pemusatan garisan uratdaya.
  • Urat daya magnet akan melalui lorong yang engganannya rendah.

Tepuan
Bilangan magnet yang penuh sesak ke dalam satu bahan yang diberi adalah terhad. Bilangan ini berubah-rubah mengikut jenis bahan, tetapi apabila bilangan maksimum telah tercapai di dalam mana-mana bahan, bahan itu disebut telah menjadi tepu.

Aruhan Magnet 
  1. Apabila sebilah besi jati yang tidak bermagnet diletakkan di dalam medan magnet sebatang magnet kekal, besi jati itu akan menjadi magnet dan mengambil sifat-sifat magnet ( Proses aruhan magnet ). Ini disebabkan oleh fakta yang menyatakan bahawa urat daya magnet sentiasa mengalir melalui mana-mana bahan yang memberikan kurang rintangan terhadap ruangnya dari udara.
  2. Apabila urat daya medan magnet melalui bar besi jati, mereka menyebabkan molekul besi di dalam bar itu beratur selari dengan urat daya, dengan kutub uratnya menunjuk ke arah perjalanan urat daya tersebut. Oleh itu kemagnetan teraruh di dalam besi jati, dengan kutub yang tersendiri.
  3. Jika magnet kekal iti dileluarkan dari jiran bar besi jati, bar tersebut dengan serta-merta kehilangan sifat kemagnetan aruhannya. Walau bagaimanapun, setengah daripadanya akan tertinggal dan yang tertinggal ini dinamakan Kemagnetan Baki. 

Tiada ulasan: