Ahad, Februari 26

Motor 3 FASA


MOTOR 3 FASA

  •   Motor 3 fasa dapat memberikan kecekapan yang lebih baik, faktor kuasa yang lebih tinggi mempunyai sifat yang lebih permulaan yang lebih baik dan harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan motor 1 fasa yang mempunyai keupayaan dan saiz yang sama.
  •  Penggunaan motor 3 fasa memang digalakkan untuk mengelakkan keditak inbangan beban pada sesalur bekalan. Dalam bab ini akan dibincangkan motor aruhan 3 fasa jenis rotor sangkar tupai ( squirrel cage rotor ).
Prinsip Kendalian Motor Aruhan  (3 Fasa )
  • Berasaskan penghasilan medan magnet berputar dan magnet pemutar.
  • Berasaskan penghasilan medan magnet berputar dan magnet pemutar.
  • Apabila belitan pemegun dibekalkan dengan bekalan 3 fasa, medan magnet berputar akanterhasil dan berputar dalam satu kelajuan yangdinamakan sebagai kelajuan segerak, (Ns).
  • Medan magnet berputar akan memotong belitan pengalir pemutar.
  • Laju putaran medan magnet berputar bergantung pada frekuensi bekalan dan bilangan kutub.
  • D.g.e akan terhasil dalam pengalir pemutar.
  • D.g.e yang terhasil menyebabkan berlakunya pengaliran arus dalam belitan pengalir pemutar.
  • Nilai arus yang terhasil akan dikawal oleh perintang luar melalui gelang arus dan akan menentukan kekuatan medan magnet pada pemutar.
  • Tindakbalas kedua-dua medan magnet ini akan menghasilkan daya kilas untuk menggerakkan pemutar.
Motor aruhan 3 fasa sangkar tupai ( squirrel cage induction motor 3 phase ).


  •      Motor ini mempunyai stator ( pemegun ) berbelit dengan 3 belitan iaityu belitan setiap fasa dan mempunyai rotor ( pemutar ) sangkar tupai. Pada rotor  tidak terdapat sebarang sambungan belitan, melaikan bar-bar pengaliran yang diperbuat daripada aluminium @ kuprum yang dipeteri di kedua-dua hujung agar berlitar-pintas.
Pemegun Stator

·        Stator @ utama ialah bahagian yang pegun dalam motor. Stator pada motor aruhan, prinsipnya sama seperti stator pada pengulang-alik


·        Ia diperbuat daripada lapisan keluli dan mempunyai lubang alur hampir mengelilingi keseluruhan belitan stator.
·        Stator disokong oleh rangka motor yang diperbuat daripada besi tuang @ plat keluli.
·        Terdapat 3 belitan satu fasa di stator. Ia diletakkan pada sudut 60° mekanik @ 120° elektrik dan disambungkan samada secara bintang @ delta.
·        Di kotak pengkalan motor, terdapat 6 terminal bagi maksid untuk sambungan ke bekalan. Setiap 2 terminal mewakili satu belitan.
·        Tugas utama sator ialah sebagai teras untuk menghasilkan medan magnet berputar disamping sebagai pelengkap litar magnet.

Bahagian pegun dikenali sebagai pemegun / stator. Hanya stator disambung kepada 
bekalan 3 safa.


Pemutar ( rotor )

·         Rotor @ sekunder ialah bahagian berputar. Ia berbentuk selinder dan dibina daripada lapisan-lapisan keluli yang bertebat.
·        Bagi motor yang berlilit, terdapat 3 set belitan pada lubang alur rotor yang diakhiri dengan 3 gelang gelincir. Belitan ini disambung secara bintang.
·        Teras rotor sangkar tupai adalah kukuh dan lasak, binaan teras adalah berlamina. Bar-bar sangkar tupai terletak dalam teras.






Rabu, Februari 22

PENGHIDUP MOTOR 3 FASA


Penghidup motor adalah bertujuan untuk :  
  • Mengurangkan dan menghadkan arus mula kepada satu nilai yang kecil dan selamat.
  • Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan
  • Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh.
  • Perlindungan motor tersebut adalah lebih berkesan sdengan mengadakan alat alat perlindungan dan alat kawalan didalam sistem penghidup motor.

Kebaikan mengurangkan arus mula
  • kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung.
  • Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran dalam motor.
  •  Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.
  • Mengurangkan susutan voltan talian.
  • Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan.

Keburukan mengurangkan arus mula.
  • Mengurangkan daya kilas.
  • Kos meningkat dalam menyediakanj alat alat bagi sistem penghidup. 
  • Keperluan penyelanggaraan meningkat.
  • Alat alat terlalu rumit.

Penghidup Star/Delt

  • Satu cara laian untuk menghadkan arus mula ialah dengan cara mengurangkan voltan pada gelung. Ini boleh dilakukan dengan cara menyambung gelung gelung motor pada mulanya dalam sambungan bintang, kemudian ia akan bertukar dalam sambungan delta apabila pusingan motor tersebut mencapai satu tahap kelajuan yang tetap.
  • Cara ini menyebabkan daya kilas mula akan menjadi berkurangan dan ianya hanyalah sesuai bagi motor yang mempunyai kadar beban rendah apabila dimulakan. Beban utama digunakan selepas motor tersebut mencapai kelajuan yang sebenarnya dan ianya disambung dalam delta.
  • Penghidup ini digunakan bagi motor yang mempunyai keupayaan 3 hingga 10 hp

  • Kedua dua hujung gelung fasa motor dibawa keluar kepunca stator. Semasa dalam peringkat permulaan iaitu semasa dalam sambungan bintang voltan pada tiap tiap fasa ialah 1 / 3 atau 58 % voltan talian. Ini mengakibatkan daya kilas akan berkurangan hingga satu pertiga daripada nilai pusingan normal.

Kebaikan penghidup Star/Delta
  •  Penyelenggaraan kurang jika dibandingkan dengan penghidup alatubah auto.
  • Bagi keupayaan motor yang sama kos pemasangan adalah lebih murah dari penghidup alatubah auto.

Keburukan penghidup Star/Delta
  •  Keupayaan motor yang digunakan terhad kepada 3 hingga 10 kk.

  • Menggunakan punca punca motor yang lebih iaitu 6 hingga 7 punca.

FORWARD / REVERSE DIRECT ON-LINE STARTER


LITAR KAWALAN






LITAR UTAMA



Kemagnetan

Magnet tiruan juga boleh diperbuat melalui kuasa elektrik. Bahan lain selain dari besi boleh digunakan untuk membentuk magnet yang kuat. Antaranya :  
  • Aloi keluli yang mengandungi nikel dan kobalt adalah magnet yang mempunyai kekuatan luar biasa diperlukan.
MAGNET KEKAL
Magnet yang diperbuat daripada aloi keluli  mengekalkan kemagnetannya untuk satu jangka waktu yang panjang.

MAGNET SEMENTARA
Magnet yang diperbuat daripada besi jati. Mudah kehilangan kekuatan magnetnya.

Magnet mempunyai 2 kutub iaitu :
  • Kutub Utara ( Hujung magnet yang mengarah ke utara jika ianya boleh dihayun secara bebas )
  • Kutub Selatan 


 Medan Magnet
Urat daya yang tidak boleh nampak meninggal kan magnet dari satu hujung dan memasuki hujung yang lain.  
  • Unit pengukuran bagi urat daya ialah weber ( Wb )
  • Apabila urat daya sesuatu medan magnet bertukar dengan kadar satu Wb sesaat, maka satu daya gerak-elektrik bagi satu volt telah wujud.
  • Bilangan satu urat daya seunit luas, dinamakan ketumpatan urat daya
  • Unit pengukuran bagi ketumpatan urat daya ialah Tesla ( T ).
      
  • Satu T bersamaan dengan satu Wb satu meter persegi.
Di luar magnet, uratdaya magnet bergerak keluar dari kutub Utara dan memasuki kutub Selatan.
Di dalam magnet, uratdaya sentiasa bergerak dari kutub Selatan ke kutub Utara. Dengan cara ini garisan ( uratdaya ) sentiasa berada dalam bentuk berterusan dan tidak putus. Lorong lengkap yang mereka ambil dinamakan LITAR MAGNET. 

Kutub magnet berkelakuan sama seperti bahan-bahan yang membawa cas elektrik statik. Cas yang berlainan menarik, dan cas yang sama menolak.

Tidak ada penebat yang wujud untuk medan magnet. Garisan uratdayanya telah diketahui, akan menembusi mana-mana bahan, walau tebal mana ssekali pun.

Uratdaya tidak pernah bersilang kerana disebabkan oleh tolakan di antara meraka, mereka terletak dalam garisan selari di dalam medan magnet.

Engganan
  • Sesuatu ukuran yang mudah bila mana sutu bahan mengumpul kan ke suatu tempat garisan daya @ urat daya.
  • Bahan dengan engganan yang rendah membenarkan dengan kuatnya  pemusatan garisan uratdaya.
  • Urat daya magnet akan melalui lorong yang engganannya rendah.

Tepuan
Bilangan magnet yang penuh sesak ke dalam satu bahan yang diberi adalah terhad. Bilangan ini berubah-rubah mengikut jenis bahan, tetapi apabila bilangan maksimum telah tercapai di dalam mana-mana bahan, bahan itu disebut telah menjadi tepu.

Aruhan Magnet 
  1. Apabila sebilah besi jati yang tidak bermagnet diletakkan di dalam medan magnet sebatang magnet kekal, besi jati itu akan menjadi magnet dan mengambil sifat-sifat magnet ( Proses aruhan magnet ). Ini disebabkan oleh fakta yang menyatakan bahawa urat daya magnet sentiasa mengalir melalui mana-mana bahan yang memberikan kurang rintangan terhadap ruangnya dari udara.
  2. Apabila urat daya medan magnet melalui bar besi jati, mereka menyebabkan molekul besi di dalam bar itu beratur selari dengan urat daya, dengan kutub uratnya menunjuk ke arah perjalanan urat daya tersebut. Oleh itu kemagnetan teraruh di dalam besi jati, dengan kutub yang tersendiri.
  3. Jika magnet kekal iti dileluarkan dari jiran bar besi jati, bar tersebut dengan serta-merta kehilangan sifat kemagnetan aruhannya. Walau bagaimanapun, setengah daripadanya akan tertinggal dan yang tertinggal ini dinamakan Kemagnetan Baki.